Saturday 20 October 2012

K.E.M.B.A.L.I L.A.G.I !!!

Halo. Halo. Halo.

Semuanya, rindu sama saya tak? haha *bodo punya perasan. hehe. Pertama nya , Ampun kan patik beribu ampun kerana telah mengabaikan blog ini dan korang-korang dah lama menunggu post baru aku kan. aku sangatlah sibuk gila babeng lately. sibuk fly sana sini, buat itu ini, semuanya nak kena buat dalam satu hari dan satu benda memang lah mati. ingat aku ni mesin ka?? Baru dapat peluang mahu update ini status rasa happy sangat lah membuak2. kau yang dah lama tunggu aku tu trimas banyak ye, nanti aku belanja tiket ke Maldives sama2 dengan aku ya. cheers! 

Banyak benda yang aku dah tinggalkan sepanjang ketangguhan ini. Pertama, mak sama tokcik aku sudah berjaya menubuhkan perniagaan mereka sendiri *buka gerai je pon, saja tulis kasi gempak sikit!. Kesah!!
Keduanya, masa raya haritu banyak sangat benda-benda manis yang kau idam2kan telahpun terjadi, yong kawin 25/8, maklang pun kawin jugak 1/9 , kawan2 kawin, kawin, kawin, kawin dan kawin lah. aku??? berani tanya nak kena terajang. haha. saya garang tahu! ok, aku nak nikmati dulu hidup bujang ni selagi boleh, nak terbang bebas di atas awan sana, lari dari segala drama donia ini, bila tiba masa nanti, aku sendiri yang akan jemput korang okay!. sabar baby. haha. **mana nak bancoh susu, mana nak sumbat nestom, nak basuh berak, cuci sana cuci sini, arrrr itu bukan lah aku, maaf aku belum sedia! sebab itu aku malas nak kawin lagi. Tadi dalam FB, YUSNIZA kawan lama post semualah geng ulam raja sudah mau kawin. YESSS PEOPLE !!! KAWINNNN!! ramai pulak tu. Dayah sama Pikah (11/11) *nice date weh!, Jai sama Zura dengan Najwa (24/11) macamana tu?  Insyallah aku try check rooster aku bulan tu kalau aku tak busy aku attend kenduri korang ya, bulan ni saja aku sudah busy, semua pun nak terbang nak cari kebebasan katanya, haha, yang nak pergi haji lagi, yang nak pergi bercuti sebab mau habiskan cuti tahunan lagi, semualah mau terbang! aku?? hanya tumpang gembira sebabkan kau, aku dapat duit sebab bole ikut kau terbang sama. haha.

ok.itu perihal kawin. ni aku mau cerita pasal hidup aku pula.

Hmm.....*nak tulis ni pon dah amik masa 15minit mau fikir apa nak sumbat sebab banyak benda ada, berpeluh dahi idea punya keluar!. ok. bulan raya jangan cerita la aku punya sesah makan, naik 3kg wahai anak2. haha. GILA! kuih, mee, lemang, ketupat, semualah akau bedal. sedap yang teramat, rugilah kalau tak makan kan?? *pastu mengeluh badan naik, haishh pekdos oh pekdos.  kuat makan itu adalah aku. sangat sweet ok pergi raya rumah kekasih hati Zahir di setiawan sana, manis orangnya. perjalanan sangat lah aku rasa happy sebab sudah lama tak jalan2 belah lumut sana, kau tau kan sana semuanya LAUT,LAUT,LAUT dan LAUT. aku sangat suka LAUT! tapi kerja atas awan jugak. haha. kbai. lala. Haaa.. HAFIFI, member karib, marib,parit aku dah dapat jadi askar atas awan sana a.k.a TUDM, TAHNIAH fifi, gigih usaha kau menjadi juga kan? tapi dapat meseg dari fifi dia tak tahan pulak, haissshh sabar fiy aku dulu pun macam tu memang tak biasa, slow2 la weh. yela, mana tak nya, kena transfer ke SARAWAK sana awal perkhidmatan kan biasa latu! cari sumandak kawin kat sana senang ye. 

ok lah tu, aku ada banyak nak share, tapi next post la ek, aku mau kemas sikit benda. cuti lama baru sekarang mau kemas sana kemas sini. ok. aku pon rindu korang, wahaha. nanti kita jumpa lagi ok. adios!


**KAU JANGAN RASA SENANG SEKARANG LEPAS APA KAU DAH BUAT SAMA AKU, INGAT DONIA NI KECIK SANGAT, AKU BOLEH KEJAR KAU SEKELIP MATA SAJA! JANGAN NAK BERLAGAK SANGAT OK. ANNOYING GILA KAU WEH!!