Tuesday, 29 January 2013

Kenangan Temuduga ku..

Halo.halo.halo

Selamat Hari Yang Indah semua bloggie.. hehe *ape aku merepek nih..hmm ni lah jadi kalau mata tak cukup tido otak tak cukup rest, macam-macam benda aku merepek hahaha 

ok post kali ini aku nak cerita mengenai pengalaman aku sepanjang aku di awan biru ini. Macam-macam kisah dan jalan cerita yang aku harungi sebelum aku mendongak awan ini. hahaha * budget bagus haha* 

masihku ingat ketika usiaku awal 20an..dalam lingkungan 21 tahun gitu,melangkah untuk temuduga sebagai Pramugara di hotel Park Royal Kuala Lumpur berhadapan Sungei Wang Plaza..ketika itu aku bekerja disebuah retails outlet menjual pelbagai alatan photography..,selama dua tahun lebih jugaklah menghabiskan masa dan mencari wang saku sendiri selepas habis zaman persekolahan..,sebenarnya bekerja disini telah dapat menimba pelbagai pengalaman hidup remaja dan selok belok bidang photography..,dan yang lebih penting perihal pergaulan dan pendedahan pelbagai lapisan masyarakat..,dan yang lebih penting ilmu bahasa Inggeris dapat aku praktis dan menambah nahunya..kebanyakkan barang barangan berkaitan photography ini dan rata rata pelanggan outlet ini berlandaskan salah satu bahasa penting dunia iaitu Bahasa Inggeris..,jadi secara tak langsung,aku terbelajarlah bahasa ini..,dan sebagai anak anak kapal kabin selain bahasa Melayu,bahasa Inggeris adalah kemestian.wajib!!!..,dan jika dapat menguasai bahasa lain juga memberi kelebihan..(ada kawan aku boleh berbahasa 7 bahasa)..kalau 3 dan 4 tu dah menjadi kebiasaan..,cuma aku 2 yang teras dan sedikit sedikit yang diluar teras..,.

...Pada suatu hari tu,semasa aku sibuk bekerja di outlets photography tu,(selain menjual peralatan,aku dilatih menangkap gambar passport,lesen memandu, dan foto potret di mini studio outlet tersebut)..aku melihat ramai sungguh pemuda dan pemudi datang mengambil gambar ukuran passport(lebih besar dari ukuran gambar lesen memandu yeaa..)..semua yang datang tu pulak boleh dikategorikan tahap handsome dan cantik(..err..very subjective nihh.).Terdetik dihatiku untuk bertanyakan mereka..,OooO rupa rupanya ada temuduga terbuka Pramugara dan Pramugari di Hotel Park Royal didepan outlets tempat aku bekerja..,huhh..terdetik dihatiku ...woww nak jadi pramugara jugaklah..,tapi apa kelayakannya?...aku termanggu manggu..,layakkah aku?..handsomekah aku??..ahaa..dan pelbagai persoalan mula timbul dibenak ini...

...hari terus berlalu...,dan pada suatu hari tu..,aku membaca surat khabar mingguan kalau tak silapnya..ahaaa..ada iklan Pramugara dan Pramugari tersiar dengan tawaran yang menarik..,bekerja secara kontrak selama 5 tahun dan akan dipertimbangakan secara tetap bergantung kepada prestasi..,ahaaa..apalagi..,aku pun menyimpan keratan iklan tersebut dan berkobar kobar untuk pergi ke temuduga tersebut...,aku cuba dapatkan cuti untuk tarikh tersebut..,syukur..aku dapat cuti..,dan apalagi ,dengan semangat awan biru aku pun pergi laa temuduga tersebut tapi di Ming Court hotel..,punyalah ramai yang datang..,rasa kerdil sangat masa tu..,biasalaa kann..,nasib menyebelahiku..,aku layak ke temuduga kedua..,tapi malangnya aku terlambat datang untuk temuduga kedua tersebut..,aduhai..,pintu telah ditutup seingatku..perhh..keciwa sungguh..laa kann..tapi aku terima hakikat memang salahku...

...dua bulan selepas tu,ada lagi termuduga anak anak kapal ini..,aku mesti cuba lagi..,kali ini aku lebih bersedia dan bertempat di Hotel Park Royal pula..,pucuk dicita ulam mendatang..,aku sekali lagi layak ke temuduga kedua,dan aku tidak lambat lagi dan layak untuk medical check up..dan seterusnya melapor diri selama tiga bulan di akedemi penerbangan anak anak kapal kabin...(Alhamdulillah..)

..,selepas tiga bulan penuh kenangan tersebut,aku layak untuk ke awan biru sebagai seorang Pramugara...hampir setahun aku di sektor domestik dan Asean..mengendalikan hal ehwal kabin kapal terbang satu lorong...memang sungguh teruja...,tapi apa yang lebih teruja apabila giliran batch aku dinaikkan taraf ke tahap kapal kapal besar dan antarabangsa sepenuhnya..horrayyy!!!...cabaran baru pun bermula..,dan selayaknya memjadi anak anak kapal profesional seganding anak anak kapal syarikat penerbangan asing lain..,masihku ingat penerbangan jauhku yang pertama adalah sektor KL-Taipei-Vancouver.(my third solo widebody)..

...dan waktu terus berdetik tanpa jemu,masa berganti masa berlalu..,hampir dua tahun jugalah menjelajah seluruh dunia..,boleh dikatakan setiap tiga minggu aku akan ke London,saban minggu ke Eropah,dua minggu sekali ke Austalia dan New Zealand,empat lima bulan sekali ke Afrika Selatan dan Argentina..,tiga empat bulan sekali ke Los Angeles,dah berkali kali sudah ke New York.syukur Alhamdulillah ditakdirkan untuk kesempatan tersebut...,amin...

P/S : Mesti rasa teruja lain macam kan masa korang baca entri kali ni...hahahaha.. sorry guys ini aku kopi dan pasta sahaja dari one of my favourite CREW ever..tettt eh! opppss..hahaha sorry again.

Friday, 18 January 2013

JETLAG..JETLAG..Apekah itu???

Halo semua penerjah awan sekalian... 

kaka.. tudia lah kalau sudah lama aku tidak berbloging. Otak sama blog masing-masing bersarang tak hengat dunia. Okay, maafkan segalanya kerana baru sekarang muncul semula, atas faktor,faktor,faktor,faktor yang memang tidak dapat di elak kan. 

macam-macam benda aku nak share sama korang, tapi masa memang lah tuhan kasi sama aku tidak pernah cukup, mujurlah post kali ni pon, aku senyap2 curi online di lobby hotel sebelum ke sarapan sama set crew yang lain. 

Ok, back to the track.! 

kali ini, aku nak share pengalaman sama info apa itu JETLAG . yes people, JETLAG!!

..ahaa..,jetlag?..apa tu?..sebagai seorang perantau secara aktif dan berkala ..errmm kurang lebih 15 tahun dahh..,keadaan jetlag akan menjadi satu rutin dalam hidup..,sebagai seorang pramugara,saat,minit,jam,hari,minggu bulan dan tahun akan berlandaskan jadual kerja sebulan atau roster..,roster adalah perincian perjalanan waktu kerjaku..,jadi roster dan pramugara bagaikan isi dan kuku..,jetlag akan berlaku apabila turutan penerbangan yang kerap berbeza daripada satu hari kehari yang lain..,perbezaan beza waktu antara satu destinasi ke destinasi yang lain dan beberapa faktor lain..,contohnya..,malam ni penerbangan dari KL ke London.,yang mengambil masa hampir 12 jam(musim panas),13 atau 14 jam(musim sejuk)..,bayangkan jika kita berlepas dari KL pukul 12 malam dan sampai di London pukul 7pagi..dengan beza waktu GMT sebanyak 8jam(kebelakang)..kalau diikutkan putaran pemahaman biasa jam kita akan sampai di London pukul 12 tengahari waktu Malaysia sedangkan waktu di London baru pukul 7 pagi..tentu minda dan fizikal penat,faktor untuk kita tidur..,(dah kerja berterbangan semalaman kan).,bila bangun,katakan tertidur 5,6 jam,lebih kurang pukul 2 atau 3 petang(sedangkan di KL sudah pukul 10 atau 11 malam),apalagi kita pun jalankan rutin manusialah,makan minum,keluar,lepak,shopping,santai dan sebagainya..,tutt tutt dah malam di London,apalagi badan secara tak langsung akan perlukan tidur,katakan pukul 12 malam sedangkan di KL sudah 8 pagi..,bayangkan lagi hakikat badan menerima beza waktu tidur..,dan selepas cukup waktu nitestop di London ,akan pulang semula ke KL,biasanya akan berada di KL seminimum 18 jam dan semaksimum berhari harilah..,bila pulang ke KL juga akan melalui rentetan waktu yang sama seperti datang ke London..,jika waktu berlepas siang maka kita mengalami siang yang panjang dan begitulah juga jika berlepas waktu malam..,jetlag kerap berlaku bila kita balik ke base(pangkalan)..memang bercelarulah waktu tidurnya..,ingat lagi my mom used to call me Keluang Man bila balik kampung pun terbawa bawa tidur siang dan berjaga malam..,ahaa..,

SO KALAU KORANG PERNAH MENGALAMINYA, JANGAN SEGAN SILU BERKONGSI SAMA AKU. TERINGIN JUGA AKU NAK DENGAR KISAH PAX(PENUMPANG) YANG TERKENA JETLAG NI. KALAU JETLAG BAGI CREW INI SUDAH BIASA. SHARE YAAA..:)