Halo semua penerjah awan sekalian...
kaka.. tudia lah kalau sudah lama aku tidak berbloging. Otak sama blog masing-masing bersarang tak hengat dunia. Okay, maafkan segalanya kerana baru sekarang muncul semula, atas faktor,faktor,faktor,faktor yang memang tidak dapat di elak kan.
macam-macam benda aku nak share sama korang, tapi masa memang lah tuhan kasi sama aku tidak pernah cukup, mujurlah post kali ni pon, aku senyap2 curi online di lobby hotel sebelum ke sarapan sama set crew yang lain.
Ok, back to the track.!
kali ini, aku nak share pengalaman sama info apa itu JETLAG . yes people, JETLAG!!
..ahaa..,jetlag?..apa tu?..sebagai seorang perantau secara aktif dan berkala ..errmm kurang lebih 15 tahun dahh..,keadaan jetlag akan menjadi satu rutin dalam hidup..,sebagai seorang pramugara,saat,minit,jam,hari,minggu bulan dan tahun akan berlandaskan jadual kerja sebulan atau roster..,roster adalah perincian perjalanan waktu kerjaku..,jadi roster dan pramugara bagaikan isi dan kuku..,jetlag akan berlaku apabila turutan penerbangan yang kerap berbeza daripada satu hari kehari yang lain..,perbezaan beza waktu antara satu destinasi ke destinasi yang lain dan beberapa faktor lain..,contohnya..,malam ni penerbangan dari KL ke London.,yang mengambil masa hampir 12 jam(musim panas),13 atau 14 jam(musim sejuk)..,bayangkan jika kita berlepas dari KL pukul 12 malam dan sampai di London pukul 7pagi..dengan beza waktu GMT sebanyak 8jam(kebelakang)..kalau diikutkan putaran pemahaman biasa jam kita akan sampai di London pukul 12 tengahari waktu Malaysia sedangkan waktu di London baru pukul 7 pagi..tentu minda dan fizikal penat,faktor untuk kita tidur..,(dah kerja berterbangan semalaman kan).,bila bangun,katakan tertidur 5,6 jam,lebih kurang pukul 2 atau 3 petang(sedangkan di KL sudah pukul 10 atau 11 malam),apalagi kita pun jalankan rutin manusialah,makan minum,keluar,lepak,shopping,santai dan sebagainya..,tutt tutt dah malam di London,apalagi badan secara tak langsung akan perlukan tidur,katakan pukul 12 malam sedangkan di KL sudah 8 pagi..,bayangkan lagi hakikat badan menerima beza waktu tidur..,dan selepas cukup waktu nitestop di London ,akan pulang semula ke KL,biasanya akan berada di KL seminimum 18 jam dan semaksimum berhari harilah..,bila pulang ke KL juga akan melalui rentetan waktu yang sama seperti datang ke London..,jika waktu berlepas siang maka kita mengalami siang yang panjang dan begitulah juga jika berlepas waktu malam..,jetlag kerap berlaku bila kita balik ke base(pangkalan)..memang bercelarulah waktu tidurnya..,ingat lagi my mom used to call me Keluang Man bila balik kampung pun terbawa bawa tidur siang dan berjaga malam..,ahaa..,
SO KALAU KORANG PERNAH MENGALAMINYA, JANGAN SEGAN SILU BERKONGSI SAMA AKU. TERINGIN JUGA AKU NAK DENGAR KISAH PAX(PENUMPANG) YANG TERKENA JETLAG NI. KALAU JETLAG BAGI CREW INI SUDAH BIASA. SHARE YAAA..:)
2 comments:
1st time tau bout jetlag bebagai ni . actually . sepatah bnda pon gua xphm pasal gmt . mktu mlm ke siang . siang ke malsm . london malysua . 13jam siang tolak 8jam waktu meysia .. tp xkisahlaa . thanks fr sharing dude
Dah balik Malaysia baru tahu pasal jet lag.. dekat 4-5 hari jadi kelawar man. Lepas tu dah ok..terima kasih kerana share benda ni.
Post a Comment