Friday, 3 August 2012

kawan ape macam ni??

ni entri emo. terpulang kau nak kata apa. sekali sekala datang emo aku, aku pun nak meroyan kadang2. kalau kau rasa aku ni gila buat entri macam ni, aku tak suruh kau baca pun.


part paling annoying bila aku jadi student balik selepas sekian lama aku kerja  yang aku takde masa nak hadap permintaan sekian2 orang suruh shopping ni, kadang2 dalam facebook kenalan2 kau yang zaman bila tah kau kenal, tiba2 text kau mintak nombor hp segala bagai, aku rasa menyampah gila.

benda tu tak pelik kalau kau aku kenal 10 tahun or more, keep in touch, always text each other or at least call once in a while, benda tu tak pelik kau tau.


tapi pelik bagi aku kalau time2 study dulu kau lah drama queen segala, tegur aku pun tak sebab aku student paling selekeh pi kelas pun pakai kasut jepun sama seluar slack rabak2 muka tak mandi, and kau lah the diva harus sepuluh botol perfume kau tabur before kau pi class, tiba2 lepas 10 tahun kau mesej aku senyap2 dalam facebook mintak nombor phone and berani cakap i miss you?? EUW.

korang pernah hadap tak benda2 macam ni? annoying kan? kadang2 aku ni usaha fikir positif cakap orang nak buat baik, apa lah salahnya dia nak contact balik.. tapi ada sikit hati aku yang lain cakap hal2 negatif tau.

aku dah boleh detect tau apa diorang ni nak cakap. mula2 say hi.. then tanya kabar.. tanya aku kat mana.. tak keje/study ke yada yada yada.. bullshit kau tau.

lepastu kau get ready lah jap lagi ada lah benda dia nak mintak. hipokrit gila kan?? mintak lah apa pun. topup free ka, barang siam free ka, handbag kasut handphone, kau cakap je. bapak aku kan tokey balak. gila kan diorang ni?

dekat 20 tahun aku hidup, umur 8 tahun aku dah start survive. pi mana2 naik bas, jalan kaki, apa aku nak aku tak pernah mintak buta2 kat mak pak aku. bila aku habis je belajar, aku sedar aku DAH TAK BOLEH mintak satu sen pun duit mak pak aku, aku kena cari duit sara diri sendiri sebab mak abah ada banyak lagi tanggungjawab dengan adik sama keluarga. sebab tu aku meluat gila kalau orang mintak mintak mintak macam kau takde mak bapak nak ajar, macam kau saja buat taktau yang duit tu bukan turun dari langit.

kalau aku keluar sama kawan rapat aku, since aku tak drive, aku akan topup duit minyak or tol or belanja makan, and kawan aku akan drive. itu aku, cara aku nak appreciate effort kawan aku datang spend time sama aku. kadang2 aku tau kerja aku gaji lebih sikit dari kawan aku **zaman kerja dulu, aku tak kisah nak spend sebab kawan2 aku ni yang akan support aku tak kisah decision gila apa yang aku buat tapi akan tetap tolong aku setolong tolong tolong yang mungkin bila aku dah jatuh terduduk betul2. dan kawan2 aku ni takkan pernah nak mintak satu sen pun duit aku, infact aku sendiri segan sebab the only time aku boleh balas jasa kawan2 aku adalah time makan, time birthday and time aku balik kampung sekali sekala tu pun kalau ada time boleh jumpa. tapi aku still rasa tak pernah cukup sebab kawan2 aku dah buat untuk aku lebih dari tu. malu kau tau??

tapi ada orang yang entah mana datang, yang sedih gila, simply datang dalam life aku, mengaku kenal pekdos, just baca blog aku, just ada aku dalam facebook, and simply tak malu mintak topup, perfume, bag, shoes, sebab aku kerja kat hotel that-so-called 4star dulu? WTF. mak bapak kau tak ajar ke?? ke mak bapak kau pun dah tak sanggup nak mengaku kau anak sebab perangai kau ni??

kalau aku kawan kau, kau tak payah mintak. aku sendiri akan beli bagi kat kau. sebab kawan2 aku, faham aku, aku jenis yang kau tak payah nak mintak2. aku sendiri akan bagi. setakat baca blog aku, setakat add aku dalam facebook, kau berani nak mengaku kenal aku luar dalam, kau siapa syaitan? wah. diva sangat ke kau nak dapat status kawan aku?? kau nak apa birthday ni? cermin besar2??

kau ingat aku bodoh? bila kau start buruk2 kan hal bestfriends kau, and segala rahsia kawan2 kau dalam tangan aku, and kau siap pesan pulak kat aku jangan cerita kat orang lain, dari situ aku dah tau kau ni tak layak nak dibuat kawan. kalau hal kawan2 kau yang kau kenal lama kau boleh nak cerita kat aku yang kau kenal tak sampai 5 minit, hal aku yang KONON nya kau tahu sangat tu, kau sampai kan kat siapa pulak??

aku malu ke dengan apa yang kau buruk2 kan pasal aku? sikit pun tak. dan aku lagi bersyukur kau takde dalam life aku sebab kau macam biawak yang tau nak mintak mintak mintak dari orang sendiri takmau usaha and hanya tahu nak salahkan orang lain macam kau lah malaikat. haiyo.. kau sedar ke tak orang tu tak sempurna? kau nak kata orang macam2, cermin diri lah sikit. badan sendiri bau masam kepam, ada hati mau kutuk orang lain bau hangit ka?? kau tau aku rela dok dalam bilik kecik yang penuh dengan pakistani bangladeshi dari dok sebelah kau sebab kau jijik gila. kalau aku benci orang yang suka cakap besar yang konon dia maha tahu segala, kau lagi aku benci lahanat sebab muka hipokrit plastik depan baik belakang kawan2 kau sendiri kau cakap macam2.


yang kau cium ketiak sendiri aphal?? terasa ka?? hanjing.

No comments: