Sunday, 22 July 2012

Everything about me.!



well , aku takda benda nak share sangat pun untuk entri kali ni. * korang perasan tak aku selalu tulis binatang ni.! . lantak ah. tapi disebabkan oleh desakan demi desakan yang diterima aku gagahkan jua hati untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang diri aku. *tak banyak, sikit je. ahaks.! 


  • tenkiu very much pada yang sudi baca blog aku ni walaupun blog ni penuh dengan personal royans aku. kagum pada yang sudi baca dari mula aku tulis sampai lah sekarang ni. mesti korang pun ikot royans kan??. haha.

  • tahun ini aku berjaya jugak manage duit loans aku supaya tak berterabur macam sem2 yang lepas di mana aku pun sendiri tak tahu lepas ke mana ntah duit tersebut. tahu2 dah lesap macam tu je. Pooff.! seingat aku, aku just bayar duit rumah, barangan ke kuliah, henfon, *netbook , jam, dan barangan kecik2.

  • aku senang dan sangat lah simple orangnya. mudah ketawa, mudah memaafkan, tapi worst come worst kalau dah hal2 yang memang aku dah rasa kau terlebih lemak aku akan hangin jugak. aku suka makan masakan mak aku (nasi goreng kampung, tomyam dan lontong) oh memang sedap ok. air pulak aku tak kesah sangat asal aku tak tercekik sudah. * Neslo sangatlah tak berkenan. memandangkan aku pernah terkena minum kat kedai brader ni neslo dia sampai balik aku termuntah-muntah, pusing satu kepala dan tersangatlah meroyans waktu itu. jadi aku stop from drinking that fu**ing thing.!
Tomyam mama yang paling sedap di dunia. haha. gudjob mama .muahhh

  • aku jugak sangat suka membaca apa jua artikel yang boleh di baca. selagi kau mampu nak buka mata untuk baca. kau baca. ok.! termasuk jugak novel, tapi bukan novel cinta yang bila kau buka halaman pertama je berjurai-jurai air mata kau melimpah ruah kan. ini novel remaja yang bersesuaian dengan umur aku yang tersangat remaja ini. haha. dan aku jugak sangat lah pendiam apabila berdepan dengan orang yang muka nya berkedut sejuta a.k.a sarkastik lebih dan dalam kepala hotak kau yang berselirat dengan agenda dan drama yang akan membuatkan aku naik meyampah walaupun hanya dengan sekali pandang sahaja. *jadi control kedut dimuka anda sebelum berjumpa dengan saya.ok.! sangat tidak sukakan politik semasa di Malaysia yang agendanya sama sahaja. tapi kalau untuk kepentingan aku itu ada. why not? kan. 

  • sangat mengemari penyanyi Anuar Zain dan Adele yang teramat sangat. boleh gila kalau tak dengar lagu beliau ok. lakonan pula Nazim Othman dan Tiz Zakiah dalam Dejavu di Kinabalu sangat mencuri hati dan naluri ku ini. Tiz Zakiah aku minat sebab dia tak sarkastik sejak berlakon Nur Kasih lagi. *sangat tidak sukakan Fasha Sandha & Memey Suhaiza.  harap maklum. genre lagu aku most to romantic side. alah lagu yang ada secsofon *betul ke aku eja ni.ah lantak ah.  kenny-g bagai tu. ha tu kegemaran ok. boleh kata semua lagu zaman mak dengan abah aku tengah hangat bercinta dulu2 tu aku suka lah. jangan marah ye mak. 

  • dan aku paling pantang kalau ada manusia yang dengan senang-lenang memberikan pendapat, cadangan, ataupun percakapan yang tanpa berunsurkan fakta. tambah-tambah lagi benda tu dah terang2 salah kau bertegang urat jugak nak cakap benda tu betol. pegi mampos sama kau lah. ingat aku nak percaya. cakap BESAR juga berada didalam golongan ini ok.  sangat benci bila kau nak buka mulut je lalat yang lalu pun bersumpah seranah tak nak dengar tambahan pulak aku manusia kerdil-comel-hensem-gagah-perkasa ini kan. cerita kau nak gempak memanjang.! boleh kata satu dunia ni lah bapak kau yang punya. puiihh. asal kau tak nak cakap tuhan tu kawan karib kau masa sekolah tadika dulu?? herrghh. orang macam ni patut mati kena sambar petir lagi bagus. siap ada satu masa tu tengah syiok2 bersembang .kau yang-maha-mengetahui-segala-isi-alam pun datang menyampuk. perbualannya adalah mengenai muamar gadafi. masa tu tengah hot pasal kematian beliau. off topic sat. aku ingat aku dah cukup bodo dah tau. sakit jiwa aku, kalau aku cakap pasal muamar gadafi . ok. fine kalau kau tak kenal tapi nak buat2 kenal dengan muka penuh sarkastik kau tu, cukup lah dengan angguk2 saja pretend kau tahu apa aku cakap ni kan. ini ditambah pulak, "oh muamar yang ada connected dengan taliban kat iraq tu kan?? *BUNYI CENGKERIK.  herrgh sangat meloyakan. yes people, aku dah buka pintu pagar buat terjunan bebas kuak lentang kupu-kupu. so annoying. ok. dan salah ke kalau aku rasa  orang yang rasa diri dia ni tak riak tapi adalah riak?? walaupun orang tu cakap dia takde niat nak riak dan aku harus percayalah bila dia dah cakap macamtu, tapi kalau orang keliling (termasuk aku) merasakan dia riak, adakah aku yang berdosa sebab berprasangka buruk?? susah juga bila kau rasa kau adalah insan terpilih dan mula taksub dengan diri sendiri. hmm. mati lagi baik lah.!

  • itu sahaja tentang diri aku yang aku bole cerita kat kau buat tatapan. kalau ada yang hendak ditambah aku akan kemaskini ok.sekian
P/S: pssstt....nak tahu tak tadi time pergi bazar ramadhan area Merlimau tu, aku nampak sorang makcik ni lengkap bertudung *dah sah2 muslim tengah syiok korek hidung. dia korek korek korek, gentel gentel gentel , then tiiuuunngggg dia jentik bijih emas dia tu jauh2. aku tak tau lah landing kat atas kepala sape lah bijih dia tu kan. isk. pengotor. aku harap sangat makcik tu tahu yang dia tengah berhadapan dengan masyarakat umum yang tengah membeli lauk-pauk untuk berbuka dimana bijih dia tu mungkin dah masuk dalam salah satu lauk di sekitar nya. isk. seram. 

1 comment:

Anonymous said...

blog ni meniru blog cabin crew saloma ke? hehehe