Sunday, 22 July 2012

Perangai pax. Reaksi aku.!


hola. korang mesti tertanya-tanya kan ape pulak la yang aku nak mencarut untuk entri kali ni. tak per2 rileks2 dulu amik angin hembus bagai. jangan kentut sudah lar. *tak senonoh. kali ni entri aku nak tulis pasal perangai pax yang sememangnya ada walau kat mana2 airlines pon. kau tak percaya kau pegi la tanya mana2 crew betul tak apa yang aku nak bagitahu untuk entri kali ni. haha. sebenarnya entri ni pun aku kopi dan pasta dari blog kak saloma crew mid-east yang aku rasa best cara penulisan nya. *u are my idol, saloma.! . korang dah tergedik sangat nak tahu kan. dah ready?? go.!
cantik sungguh ciptaanya.! amazed..

aku nak senaraikan 10 pax pilihan kalbu dan 10 pax pilihan kaki berdasarkan pemerhatian aku ketika kerja sebagai panduan untuk kau dan kerabat kau supaya lebih beretika semasa travel dengan aku ok. sedia?

pax pilihan kalbu:

- pax yang tahu apa itu fungsi punat panggilan(call bell). yang bila aku pi attend, dan dengan comelnya, mintak lah apa kau nak mintak kan lepas panggil aku tu. maknanya, kau tekan punat panggilan tu, secara sengaja dan bertujuan. bukan nak buang masa aku. paling syiok, aku tak payah ajar macam mana nak reset. syabas bete.

- dan lagi double syiok, kalau kau kau tak press call button langsung. instead, kau ringan pungkoq pi cari crew, dan mintak lah apa kau nak mintak. dengan happynya aku akan bagi.

- pengguna tandas yang tertib lagi bersih. tahu guna flush. tahu ludah dan curah. tahu target di tempat sepatutnya. tahu bersih tu amalan orang2 yang bertamadun.

- pax yang rajin membaca dan faham isi kandungan kad menu tanpa aku perlu ulang apa yang ada. aku senyum je, kau dah siap order apa kau nak. siap air2 sekali kau cakap awal2. bagus. ni namanya pax yang thinking ahead. kita perlukan banyak pax macamni untuk flight2 aku akan datang.

- pax yang kacak gagah perkasa tampan tinggi dan kool untuk duduk di emergency row. selalunya yang tinggi2 tegap nak leg room, diorang akan book emergency row lah kan. itu satu kelebihan lah kalau kau ada pakej fizikal yang lengkap. semangat sikit minda aku nak mental review time take off landing kalau jump seat aku menghadap emergency row pax ni.

- pax yang tahu makanan aircraft tu kurang berkhasiat jadi memilih untuk tidak makan sepanjang flight. bagus.

- pax yang faham ruang overhead locker adalah terhad dan bawak satu beg simple yang just nice tak berat dan tak menyusahkan aku. pax lain juga senang hati sebab kau tak makan space yang banyak lalu mencerminkan jiwa sharing is caring itu benar2 wujud. kau tak selfish. aku suka.

- pax yang faham situasi. walaupun kau berada atas langit, dan orang kata menggapai cita2 setinggi awan, kau faham yang tak semua benda kat awan kau boleh capai, dan dengan itu kau redha. terima apa je makanan yang ada selagi ia tak memudaratkan untuk dimakan, dan bersyukur. kau tahu ada berapa orang yang passport pun tak pernah ada kat dunia ni?

- pax yang bawak famili ramai2, awal2 kau dah pilih seat kau nak sehari sebelum kau fly kat website, datang airport awal check in, anak2 kau pun tertib2 dan sopan2 tak menyusahkan crew belaka, antara yang terawal boarding, dan tahu nak tunjuk budi bahasa dan pekerti indah tu apa depan anak2.

- pax yang walaupun kau dah pilih seat yang kau nak, tiba2 aku ada masalah dengan pax lain, e.g: ibu mengandung yang seat dia dan another anak kecilnya terpisah jauh, kau awal2 offer diri untuk tukar seat dengan ibu tersebut tanpa perlu aku merayu mintak tolong. thanks a zillion.
kau nak tengok view key-hell dari atas.! hah hamek ko.! gayat tak.??

pax pilihan kaki:

- aku nak senaraikan pun peluh dah merecik recik stress atas kepala. kau boleh imagine tak betapa aku taknak pax jenis macamni travel dengan aku? yang menduduki carta paling atas, pax yang rasa hebat, tahu segala, dan suka keluar statement, I PAID A LOT TO TRAVEL WITH YOUR AIRLINES AND THIS IS WHAT I RECEIVED? kau ingat tiket kau bayar tu nak cover servis onboard semata? susah ada pax paling bodoh yang benda paling mudah macamni pun tak faham. boleh rosak ekonomi negara.

- pax yang mengharapkan upgrade sentiasa tapi kedekut piang nak keluar duit. menjadi orang pertama yang boarding, soalan pertama kau, boleh upgrade pi business tak?

- pax yang tak check apa ada dalam travel pack yang crew bagi. lepastu mintak pulak barang yang dah ada dalam travel pack, siap buat muka kat aku yang airlines kau travel ni sucks habis sebab tak provide apa2, padahal kau yang malas check.

- pax yang try hard to be friendly. dan kemudian dengan senyum jelek penuh sarkastik kau tu, kau mula lah banding2kan airlines yang kau pernah travel.

- pax yang tak tahu cakap please, thank you. tak senyum, bongkak, main petik2 jari, tone suara bos-slave dengan aku. dapat pulak kau buat depan anak2. kalau bukan anak kau pun, anak pax lain. pax lain, kau nak ke travel dengan pax sakai macamni, lepas kau penat didik anak kau elok2, benda2 macamni umpama pencemaran dalam minda baik anak korang? mau ke?

- pax yang ada problem dengan ground staff, terbawak bawak sampai ke kabin, dan salahkan cabin crew, sebab kau rasa ground staff dan cabin crew adalah orang yang sama berjanji manis dengan kau, sebab uniform dan company kitorang sama.

- pax yang berat pungkoq nak bangun ambik bag kat overhead locker, dan bila aku lalu sebelah, kau main petik jari je kat aku mintak bag kau diambilkan.

- pax yang first thing dia buat right after masuk aircraft ialah pi ke tandas. transit punya lama aphal entah tak pi kencin berak siap2. dapat pulak time aircraft dok isi minyak, time tu lah kau kejan nak pi toilet. lepastu marahkan aku kata aku sengaja buat rules locked toilet sebab takmau bagi pax pi tandas. apakejadahnya aku nak tahan pundi kencing kau dengan sengaja? dapat duit?

- dan transit punya lama jugak, kau tak reti2 nak pi makan siap2. lepastu masuk kabin, laju2 kau pi galley mintak makanan kata kau kebulur ketaq perut. ni spesis aku taktau lah nak jimat duit ke apa, tak sempat makan sekalipun, beli take away pun ok. prepare siap2 mana tau flight delay ke apa, sempat lah kau jamah buat lapik perut. gila sanggup tahan perut demi cheapskate kau tu. kau ingat aku kerja nak serve makanan kat kau semata?

- pax yang duduk kat crew seat. dah kata crew nak rest nak duduk situ, kau boleh pulak kata, crew pemalas asyik nak rest. ewah. ni memang ada yang nak kena ludah dalam meal ni.

- mak pak yang travel dengan anak2 kecik, yang tak reti nak tapau siap makanan anak2, lepastu harap sepenuhnya makanan bayi dalam aircraft. kemudian siap demand bagai kata anak kau tak makan sekian sekian sekian, boleh tak nak sekian sekian sekian kat 40000ft?

- pax yang tak faham bahasa bawak kabin bag lebih dari 7kg dan dah masuk kabin, tahu bag berat kau sebagai laki pun tak mampu angkat, campak bag kat kaki aku suruh aku letak kat overhead locker. mau aku tendang bag kau keluar pintu.

- pax yang malas membaca. instruction kat pintu toilet kau takmau baca, benda pull kau pi push push push lepastu meroyan macam munyit tak boleh buka toilet dari dalam ingat aku nak kurung kau. motif?

- pax yang nak tunjuk hebat, berdiri berjalan tengah kabin time take off/landing. siap pandang ke cabin crew buat muka cabar kredibiliti aku sebagai cabin crew penyabar. hilang sabar betul.

- pax yang selfish refused nak secure footrest & tray table. takmau upright seat. takmau switch off hp. sanggup bagi anak tidur atas lantai sebab kau lenguh dukung. kalau bab keselamatan kau takmau pakai seatbelt aku peduli hapa. tapi kalau kau libatkan keselamatan pax lain, aku yang bululess ni rasa berbulu betul.

cukup lah tu 10 senarai pax pilihan kalbu dan pilihan kaki aku. anda kategori mana?

1 comment:

Nur Arifa said...

Haha tak sangka ade jugak jenis pax yg cmtu...sabar ye wht to do...semoga org2 cmtu diberi hidayah secepat mgkin huhu...