Thursday, 26 July 2012

First crush.SA**Secret Admire saya.:)

semalam saya berborak perihal lembu dan unta dengan miss.AS. dia bosan. saya pun bosan. dia malas keluar sebab hujan. saya malas keluar sebab sejuk. kami ada persamaan untuk berborak panjang di ym.

tiba2 topik first crush pun keluar..kamu tahu saya telah google mahu tahu di mana first crush saya berada sekarang? kamu tahu saya boleh jumpa dia di dunia internet dalam masa setengah jam semalam? kamu tahu saya tiba2 rasa malu gila pergi say hi dekat mesej box first crush saya tu padahal entah dia ingat saya entah tak?

cerita nya berlaku ketika saya tingkatan 4. memang lambat lah mahu suka perempuan ketika ini. oh, saya ada lagi satu crush ketika sekolah rendah. tapi itu tidak dikira sebab saya tak serius suka kan dia pun..

ok continue.

ketika tingkatan 4 saya sudah perasan si dia ewah! berlegar2 di sekolah. dia seorang yang pendiam. saya suka perempuan pendiam. tapi saya tahu dia pendiam yang tak annoying dan bijak sebenar nya. entah kenapa senyap2 saya suka tengok dia. saya tengok dia makan dengan siapa. dia kawan dengan siapa. dia berjalan dengan siapa. dia ke lab/bengkel dengan siapa. dia pakai beg apa. **saiko. tapi saya tak berani mahu say hi! atau helo! atau tak pergi makan ke? atau hari ni sorang je ke?serius saya malu. sebab masa tu saya rasa yang LELAKI kena tahu rasa malu. di samping ego juga kena ada. jadi saya curi2 pandang sambil berangan je lah selama tingkatan 4 dan tingkatan 5.lagi satu, mak saya cukup pantang bercinta monyet masa belajar ni. gila ka nak tengok mak saya mengamuk? kamu tak tahu betapa cengey nya mak saya. kalau kamu genggam penumbuk kan, kan ada tulang2 timbul kat jari tu.. haaa. mak saya pernah ketuk tulang2 tu dengan pembaris kemahiran hidup kakak saya yang tebal gila semata tulisan saya takde space 1 jari antara perkataan2. gila lah trauma. tulisan tak boleh hodoh2 dah lepas tu. muda2 dulu mak saya sangat garang ok. kalau lawan cakap siap lah peha birat2 lebam kena cubit. dah tua2 ni mak baru kool sikit. itu pun sebab dia dah tiada kederat saya rasa

..anyway, saya memandang si dia dari jauh je lah. tapi tak berani mahu memulakan langkah2 awal. saya buat tak tahu. lagipun saya kategori gelap dan montel, kurang pandai, dan tiada kawan2 kool zaman sekolah dahulu, membuatkan saya rasa tak yakin mahu berkawan dengan mana2 perempuan .mahu dijadikan cerita lebih enak, hujung tahun sebelum SPM, sekolah ada buat sesi2 memberi cokolat atau bunga atau candy kepada siapa2 yang kamu suka. terpulang mahu beritahu siapa kamu atau kekal sebagai SA**Secret Admire. kamu yang gatai2 zaman sekolah tahu kan apa itu SA?? dan saya terkejut bila saya menerima satu cokolat cadbury. eceyyyyyyy. ini lambang kasih sayang monyet2 lah ni dulu2 kan.. haha!dan di samping nota kecil, saya ada juga menerima surat. wah. saya rasa muka saya semakin merah menahan malu ni..ada peminat mahu berkenal kenalan. kamu tahu siapa peminat ini? surprise. surprise.. si dia yang saya dok perhati selama ini lah.. :)tapi keseronokan saya hanya bertahan 5saat. kamu tahu apa saya fikir kemudian? saya rasa ada antara budak2 dari kelas budak2 belakang tak pun kawan2 karib yang nak kenakan aku lah  ni, saitan dia Tuhan sajalah yang tahu yang mahu mempermain2kan saya lah. chey, bajet glamor lah konon. tapi betul lah itu yang saya rasa. saya rasa orang mahu main2. lalu guna nama si dia sebab si dia ni baik sangat, tak banyak cakap dan sweet je dengan senyuman misteri dia ni. so saya tak rasa dia ada keberanian nak bagi surat pada saya. lalu saya ambil jalan mudah, tunggu semua orang pulang sebab dia biasanya pulang paling lambat dan saya akan pulangkan surat serta cokolat cadbury itu. sedih tau. dah lah saya pun minat dia. tengok ada orang main2 camni. haih..lagi satu, dahulu ketika sekolah, dia bukan macam perempuan lain yang ke sekolah naik motor kereta.dia berjalan kaki buat hal sendiri. saya suka lah perempuan macam ni. memang very my type.

bila saya bagi surat+cokolat balik, dia macam biasa, muka takde perasaan dan masih tersenyum misteri yang sweet. tapi dia tengok saya lama2. u know eyes can do the conversation sometimes.. wah.wah.wah. boleh cair ini macam. then saya cakap, 'kalau ini dari kamu, ambil balik. jangan main2.' dan saya terus blah. dan saya tak tahu apa jadi seterusnya sebab saya terus jalan tak toleh2 belakang dah.tiba2 bila semalam topik ini terkeluar ketika saya ym. miss.AS menyuruh saya google sambil dia tolong. sebab dia boring lah kan sanggup mahu tolong.. dan dalam masa 30minit kami berjaya jumpa dia.hebat kan dunia di hujung jari? haha. tak sangka lah pulak.. dan apa jadi antara kami selepas itu saya dan miss.AS sahaja tahu. hahaha. moral entri saya kali ini, kadang2 kamu tertinggal banyak perihal manis pada masa2 lepas. tertinggal, tak semestinya kamu akan hilang kesemuanya langsung. terpulang pada kamu macam mana mahu kembali kan memori gembira kamu balik. dan kalau di ingat2 kan memang mampu membuat saya senyum satu hari. tak salah kamu toleh belakang sekali sekala.. banyak benda kamu boleh belajar.



P/s : dan sampai sekarang si dia tak pernah cakap pada saya surat itu datang dari siapa. :)

No comments: